Panduan Bercuti ke Krabi untuk Muslim: Restoran Halal dan Masjid
close
Travel

Panduan Bercuti ke Krabi: Restoran Halal, Masjid dan Tempat Menarik Wajib Singgah

Nak pergi bercuti tapi tak pasti ke mana? Yang penting mesti ada makanan halal?

Jom bercuti ke Krabi, Thailand! Tempoh masa penerbangan pun tak lama, hanya satu jam setengah dari Kuala Lumpur. Senang cerita, Krabi ialah destinasi yang terbaik untuk rakyat marhaen yang mahukan percutian hujung minggu.

Sama ada anda mahukan percutian yang seperti raja-raja Siam zaman dahulu kala atau gaya bebas ala backpackers, semuanya ada di Krabi.

Di sini kami sertakan tips untuk percutian yang menarik bersama rakan atau keluarga di negara Gajah Putih ini.

Bilakah Waktu Terbaik Untuk Pergi Ke Krabi?

Waktu yang terbaik untuk melawat Krabi adalah pada bulan November hingga Mei. Pada masa ini, langit kelihatan serba biru dan matahari bersinar cerah, cuaca yang indah untuk bermandi-manda di pantai.

Musim hujan bermula pada bulan Jun dan berlarutan sehingga bulan November. Jika anda mahu melawat Krabi pada masa ini, bersiap sedia dengan payung atau baju hujan kerana hampir setiap hari akan ada hujan tetapi tidaklah terlalu lama.

Ada Makanan Halal Tak Di Krabi?

Antara benda yang paling penting bagi seseorang Muslim apabila pergi bercuti ialah makanan halal, betul tak? Kadang-kadang bila di luar negara, agak susah untuk mencari restoran yang ada makanan halal. Tapi bukan di Krabi, kerana populasi orang Muslim di sini agak besar, iaitu 40 peratus dari jumlah penduduk! Ada banyak restoran halal di sini, hanya tinggal mahu pilih sahaja.

Di Krabi, tempat paling popular yang wajib pergi ialah Pantai Aonang. Di sini, anda akan jumpa beberapa kedai makanan halal, tetapi jika anda mahukan lebih pilihan, keluar sikit dari bandar dalam 10 minit sahaja dengan menaiki tuk-tuk, memang akan jumpa lebih banyak tempat makan halal!

Di sini, anda akan jumpa lebih banyak gerai-gerai yang menyajikan makanan Thai yang enak. Tambah pula, harganya lebih murah dari kawasan tumpuan pelancong. Rasanya memang jauh beza kalau dibandingkan dengan masakan ala Thai di Malaysia — gerenti puas hati. Begantung kepada apa yang anda pilih, harganya ada dalam lingkungan THB40 dan THB50.

Khao yam. Imej: AirAsia/Chew Win Win

Tak tau apa nak makan? Tuan punya kedai sedia membantu. Ataupun, anda boleh pilih dan cuba dari senarai di bawah ini. Kesemuanya adalah selera unik makanan selatan Thailand.

Ayam panggang (gai yang) atau daging panggang (neua yang)

▪ Kari Hijau

▪ Kari Massaman

▪ Kari Panang

▪ Salad nasi (khao yam)

▪ Nasi pulut (khao niaw)

▪ Ayam goreng (gai tod)

Berikut adalah senarai restoran halal di Krabi yang anda patut cuba:

1. Ao-nang Halalfood Krabi

Apa yang lazat di sini? Sudah tentulah makanan laut dimasak cara Thai dan juga makanan barat. Boleh cuba kari kuning pedas, ikan goreng bersama sos ikan, dan juga pulut mangga. Sedap!

Steak tenderloin dengan sos lada. Imej: Ao-nang Halalfood Krabi

2. Pyramids Restaurant Ao Nang

Kalau anda mahu rehatkan perut dari makanan Thai, boleh cuba Pyramids Restaurant di Ao Nang. Di sini ada pelbagai hidangan makanan Arab seperti kebab and hummus.

3. Sandee’s Thai Restaurant

Dibuka tujuh hari seminggu, restoran ini menawarkan masakan Thai dengan harga yang berbaloi. Lokasinya juga ideal kerana terletak di antara perjalanan teksi trak song taew berwarna merah.

4. Pak Nam Krabi Seafood

Lagi satu restoran yang popular jika anda mahu makanan laut dimasak cara Thai. Tak tahu nak order apa? Boleh cuba ketam hitam dengan kari kuning, udang masak asam jawa dan udang masak santan.

Kepah masak cili. Imej: Pak Nam Krabi Seafood

5. De’Fish Restaurant

Jika kumpulan anda besar dan mempunyai pelbagai selera, inilah pilihan terbaik. Restoran ini terletak berhampiran dengan Aonang Fiore Hotel and menyediakan pelbagai hidangan termasuk Thai dan makanan barat seperti pizza, pasta, burger, sandwich dan juga steak!

Kupang masak lada hijau. Imej: De’Fish Restaurant

Dimana Untuk Cari Masjid Di Krabi?

Kerana populasi orang Muslim di Krabi adalah agak besar, ada banyak masjid yang terletak di sekitar bandar jika anda mahu bersolat.

Ini senarai masjid di sekitar kawasan tumpuan pelancong di Krabi:

1. Masjid Aonang Al-Munuawarah, Aonang

2. Masjid Al Aman, Ban Khlong Haeng, Aonang

3. Masjid Madinah Krabi

4. Al Aman Mosque

Menarik kan bercuti di Krabi? Nak cari makanan senang, nak cari tempat solat senang. Jadi apa tunggu lagi? Jom book sekarang!

TEROKAI KRABI: AirAsia menawarkan penerbangan tambang rendah ke lebih 130 destinasi. Tempah tiket penerbangan, hotel, pakej percutian, dan aktiviti anda di airasia.com hari ini.

Irvin enjoys conversations with the trees and the stars. Sometimes they share recipes, sometimes they share jokes.

Send this to a friend