Lokasi Penggambaran Polis Evo 2 Untuk Inspirasi Percutian Anda
close
Lifestyle Travel

Lokasi Penggambaran Polis Evo 2 Untuk Inspirasi Percutian Anda

Imej utama: Polis Evo 2

 

Taktau nak pergi bercuti di mana? Apa kata kalau ikut gaya Polis Evo 2?

 

Dah tengok Polis Evo 2 ke belum? Filem susulan kepada box office tahun 2015 kali ini mengikut jejak Inspektor Sani dan Inspektor Khai yang terpaksa berdepan dengan kumpulan pengganas Al-Minas di satu pulau. Adakah mereka berjaya? Ha kenalah tengok!

 

Selain dari Zizan Razak dan Shaheizy Sam sebagai tunggak utama, Polis Evo 2 juga menampilkan pelakon-pelakon hot dari Malaysia dan Indonesia seperti Hasnul Rahmat, Raline Shah dan Erra Fazira. Nak kenali mereka? Klik di sini.

Imej: Polis Evo 2

Selain itu, mari kita lihat di mana lokasi shooting Polis Evo 2. Manalah tahu, boleh jadi inspirasi untuk percutian akan datang?

 

Pulau Mantanani, Sabah

 

Malaysia memang dikenali dengan banyak pulau-pulau yang cantik. Selalunya orang akan pergi Pulau Redang di Terengganu, Pulau Pangkor di Perak, atau Pulau Manukan di Sabah. Tapi pernah dengar tak Pulau Mantanani? Cantik tau pulau ni! Airnya biru jernih dan pasir di pantai sangat halus memang best untuk bersantai. Boleh snorkelling tengok ikan-ikan dan batu karang juga!

Imej: 123RF

Dalam filem Polis Evo 2, Sani terperangkap sebagai tebusan manakala Khai pula bersedia di kawasan perkampungan bersama unit pencegah pengganas. Sebenarnya pulau ni ada dua – Mantanani Besar dan Mantanani Kecil dan dua-dua pun boleh lawat! Nak ke sini pun senang, tak jauh dari Kota Kinabalu. Siap boleh buat day trip kalau tak mahu tidur di sana tapi kami suggest boleh book semalam atau dua di chalet atau resort di sini dan fully enjoy the island. Memang tak mahu balik nanti.

Imej: 123RF

Langkawi, Kedah

 

Siapa tak kenal Langkawi? Permata negeri Kedah ini adalah antara destinasi percutian domestik yang popular di Malaysia. Dalam Polis Evo 2 penonton akan lihat Erra Fazira naik kapal terbang AirAsia ke Kuantan untuk mengetuai tugasan paling mencabar sepanjang kerjayanya. Sebenarnya adegan ni telah di-shoot di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Ada banyak tempat menarik boleh dilawati kat pulau ni, tak kisah lah sama ada bercuti bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Boleh santai di Pantai Cenang atau Tanjung Rhu, naik bot keliling Taman Semulajadi Kilim, berselfie atas Langkawi Skybridge, atau shopping barangan duty-free di Pekan Kuah. Memang tak boring lah holiday di Langkawi!

Imej: 123RF

Kuantan, Pahang

 

Selepas berjaya menumpaskan penjenayah dalam filem pertama, kini Sani dan Khai bertugas di Kuantan, Pahang pula. Bandar yang terletak di tepi persisiran Laut Cina Selatan ni memang santai. Siapa nak beriadah menikmati deruan ombak di tepi pantai boleh singgah Teluk Cempedak atau Cherating. Selain dari itu ada juga beberapa tempat untuk melayan keindahan alam semulajadi seperti Taman Negara, air terjun Sungai Pandan dan Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah. Sekarang AirAsia ada direct flight dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Senang lah nak pergi bercuti di sini kan?

Imej: 123RF

Port Dickson, Negeri Sembilan

 

Dalam filem ni, kita diperkenalkan kepada Inspektor Rian yang berasal dari Indonesia di dalam kapal layar mewah semasa adegan perundingan yang mendebarkan. Kalau anda nak tahu, adegan ni dirakam di Port Dickson. Tak jauh, dekat je dengan Lapangan Terbang klia2 tak lebih sejam naik kereta. Boleh istirehat di tepi pantai menghadap Selat Melaka dan enjoy makanan Negeri Sembilan seperti masak lemak cili api dan asam pedas. Pendek kata, destinasi percutian yang sesuai untuk seisi keluarga.

 

Polis Evo 2 mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 22 November 2018, dan di Indonesia mulai akhir tahun ini. Para penumpang AirAsia juga berpeluang untuk menonton Polis Evo 2 secara percuma di dalam pesawat AirAsia yang dilengkapi portal Wi-Fi Rokki, atau menerusi langganan di Astro Pay TV mulai 2019.

 

 

Irvin enjoys conversations with the trees and the stars. Sometimes they share recipes, sometimes they share jokes.

Send this to a friend