6 Lokasi K-Drama yang Peminat Harus Singgah
close
Lifestyle Travel

6 Lokasi K-Drama yang Peminat Harus Singgah

Ada sesiapa yang selalu berangan hubungan romantis sehebat Lee Dong Wook dan Yoo In Na dalam Goblin, atau berharap untuk bertemu Kim Soo-hyun yang buatkan ada makan tak basah mandi tak kenyang macam You Who Came from the Stars?

Jangan biarkan mimpi tinggal mimpi! Sekarang kalau nak book flight ke Seoul, Korea Selatan lagi senang daripada zaman dulu. Haa, bila dah sampai, jangan lupa singgah ke lokasi penggambaran filem popular di Korea untuk mainkan semua scene kegemaran anda!

Travel dengan geng-geng gila Koreaboo anda, paksa abang kakak untuk ikut serta, atau terbang SOLO je. Mana tau, suratan takdir menemukan anda dengan oppa (atau noona) di sana.

Perkampungan Mural Ihwa (이화 벽화마을)

Instagram post daripada phaidonsnaps

Perkampungan Mural Ihwa adalah pilihan popular buat pelancong dari seluruh dunia sebab banyak filem dan rancangan TV pernah dirakam di sini.

Jangan terkejut jika anda lihat pelancong mengambil selfie di seluruh ceruk kampung ini, dari tangga ikan koi 3D yang dipopularkan oleh Because This is My First Life, Muzium Kampung Ihwa-dong daripada Strong Woman Do Bong-soon, dan Café Gaeppu di mana Kim Jin-hyeok (Park Bo-gum) melamar Cha Soo-hyun (Song Hye-kyo) dalam Encounter.

Kampung ini masih ada penduduknya, jadi hormati tempat mereka. Janganlah sampai mengintip dari luar atau main masuk je rumah orang. Ini bukan game RPG.

Cara Ke Sana: Hyehwa Subway Station

Turut Muncul Dalam: Shining Inheritance, Rooftop Prince, Sensory Couple, My Strange Hero, Two Cops

Terowong Graffiti (신촌벽화터널)

Instagram post daripada paewpaew777

Anda mungkin teringat terowong yang dipenuhi graffiti warna-warni ini dari siri TV popular 2016/2017 Goblin. Adegan kelakar yang menunjukkan hubungan rapat antara Grim Reaper (Lee Dong-wook) dan Goblin (Gong Yoo) ketika sedang berjalan ke dalam terowong ini sambil memegang daun bawang yang dibeli untuk Ji Eun-tak (Kim Go-eun) tetapi akhirnya dikacau oleh kenderaan yang lalu-lalang di situ, mengganggu kuasa mereka.

Oleh kerana anda tiada sebarang kuasa mistik, lagilah anda perlu lebih berhat-hati ketika mengambil gambar di terowong ini.

Cara Ke Sana : Sinchon Subway Station

Turut Muncul Dalam:To Be Continued, While You Were Sleeping, Dream Knight, The Best Hit, Manhole, Touch Your Heart

Sanmotoonge Café (산모퉁이)

Instagram post daripada chiara_florence

Terletak di kawasan pergunungan antara Inwang dan Bugak, Sanmontoonge (atau Sanmontunggi) adalah tempat terbaik untuk membawa kawan, boyfriend-girlfriend, keluarga mahupun orang kampung. Walaupun mereka bukan peminat K-drama, pemandangan cantik di sini sesuai dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Kawasan perumahan yang tenang ini dikatakan didiami ramai artis, sebab itu lah persekitaran dia macam berseni. Bila di sini, bayangkan diri anda sedang sedang bekerja bersama Go Eun-chan (Yoon Eun-hye) yang angau pada Choi Han-kyul (Gong Yoo) seperti dalam Coffee Prince. Tak payah bayangkan pun tak kisah, ambil je kerja part-time terus.

Cara Ke Sana: Naik bas nombor 1020, 7022 atau 7212 dari Gyeongbok Palace Station dan turun di Buam-Dong Community Service Centre (Pusat Komuniti Buam-Dong)

Taman Laut Jangsado (장사도 해상공원)

Instagram post daripada vvvera312

Anda mahukan temu janji yang luarbiasa, sebijik bila Cheon Song-yi (Jeon Ji-hyun) dan teman lelaki alien Do Min-jun (Kim Soo-hyun) bila mereka nak elak dari orang ramai? Pergi ke Jangsado Island yang dipopularkan oleh You Who Came from the Stars.

Tapi sejujurnya, tempat ni sangatlah popular, agak sukar untuk anda dapatkan temu janji yang tenang macam Do Min-Jun dan Cheon Song-yi dapat dalam siri TV mereka. Lagi sukar nak cari teman lelaki alien. Tapi sekurang-kurangnya anda dapat rasakan romantic vibe sewaktu melalui terowong yang dipenuhi 100,000 pokok bunga camellia serta jambatan berbentuk pelangi.

Cara Ke Sana: Naik feri dari Jangsado Ferry Terminal

Turut Muncul Dalam: One Warm Word, Uncontrollably Fond

Perkampungan Hanok Bukchon (북촌한옥마을)

Instagram post daripada ann.ontheroad

Perkampungan Hanok Bukchon yang mula dibuka dari dinasti Joseon (1392-1910), merupakan kawasan hanok (perumahan Korea tradisional) yang terletak di tengah-tengah kawasan bandar. Tempat ini sesuai untuk mereka yang ingin melihat budaya tradisional Korea. Sama seperti Perkampungan Mural Ihwa, kawasan ini masih didiami penduduk, jangan lupa jaga budi bahasa ketika anda bersama orang di sana.

Kalau perut anda mula berkeroncong, singgah ke kedai pastel de nata (tart telur Portugis) di mana Cha Eun Sang (Park Shin-hye) dan Kim Tan (Lee Min-ho) dari The Heirs terserempak satu sama lain setelah terperangkap dalam pergaduhan.

Cara Ke Sana: Anguk Subway Station

Turut Muncul Dalam: I Need Romance, Twelve Nights, Touch Your Heart

Pulau Nami (남이섬)

Instagram post daripada jieyanow

Senarai ini takkan lengkap tanpa menyebut siri TV yang memulakan kegilaan Korea ini. Ya, siri drama TV tahun 2002 Winter Sonata-lah yang memulakan hallyu (gelombang Korea) di pelusuk dunia. Dari sini lah ramai peminat yang inginkan kisah cinta seperti Jeong Yoo-jin (Choi Ji-woo) dan Kang Joon-sang/Lee Min-hyung (Bae Yong-joon). Antara adegan yang tak dapat dilupakan telah dirakam di Pulau Nami, termasuk ciuman pertama mereka yang dipenuhi dengan permandangan salji indah.

Jika anda ke sini, panjangkan masa untuk melawat beberapa tempat menarik di sekitar pulau ini seperti kampung bertema Perancis dikenali sebagai Petite France atau taman botani Garden of Morning Calm.

Cara Ke Sana: Ambil feri dari Gapyeong Wharf atau naik Zipwire (aktiviti zipline seperti flying fox terus ke pulau tersebut tanpa menaiki feri!)

Turut Muncul Dalam: Full House, Rosy Lovers, High School King

 

CARA KE SANA: AirAsia terbang ke Korea. Tempah tiket anda sekarang di airasia.com.

 

 

Asyraf believes there’s a story anywhere you turn that could inspire readers around the world. With a penchant for high-powered motorcycles, he hopes to one day get back in the saddle and cover the globe on two wheels.

Send this to a friend