Jom Layan Konsert Soul Sisters di Istana Budaya
close
Lifestyle

Jom Layan Konsert Soul Sisters di Istana Budaya

Tak ada plan lagi untuk bulan April ni? Apa kata ajak family dan kawan-kawan ke Konsert Soul Sisters?

Buat pertama kalinya, Misha Omar, Siti Sarah, dan Noryn Aziz akan berganding bahu untuk menjayakan satu persembahan istimewa di Istana Budaya. Konsert Soul Sisters ini akan berlangsung pada dua malam sahaja tau, iaitu pada 5 & 6 haribulan April pukul 8.30 malam. Ha cepat lah book kalendar kawan tu, nak pergi konsert ni!

Dengan gabungan tiga vokalis hebat ni, para peminat boleh menjangkakan persembahan yang penuh perasaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Soul Sisters Concert (@soulsistersconcert) on

 

Misha Omar

Cek Mek dari Kelantan ini mula berputik dalam industry muzik tempatan sejak menjadi finalis Bintang RTM pada tahun 2001. Sejak itu, Misha Omar seperti tak pernah berhenti berkerja bukan sahaja dalam pembikinan album Misha (2002), Aksara (2002) dan Misha Omar (2008), tetapi juga dalam pertandingan nyanyian antarabangsa dan tempatan, lakonan filem dan telemovie, dan juga sebagai duta produk pelbagai jenama! Tak hairan lah bila fans gelar beliau ‘Diva Pop Malaysia’.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Soul Sisters Concert (@soulsistersconcert) on

Siti Sarah

Ingat tak siapa lagi seorang finalis Bintang RTM bersama dengan Misha? Tak lain dan tak bukan dialah Siti Sarah, anak kepada penyanyi Raisuddin Hamzah yang popular pada zaman 80-an dulu. Antara lagu hit yang sering berkumandang di radio adalah Kesetiaan dan juga duet bersama Jamal Abdillah, Sandarkan Pada Kenangan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Soul Sisters Concert (@soulsistersconcert) on

Noryn Aziz

Juara program televisyen Gegar Vaganza musim kelima Noryn Aziz telah sekian lama menghiburkan peminat dengan lagu-lagu genre Jazz dan R&B. Lulusan Pengajian Muzik di Institut Teknologi Mara (UiTM) dan International College of Music ini memulakan kerjaya muziknya bersama kumpulan pop Sister-Sister pada pertengahan zaman 90-an, sebelum menghasilkan tiga album solo.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Soul Sisters Concert (@soulsistersconcert) on

 

  1. Layari www.airasiaredtix.com
  2. Pilih acara/konsert
  3. Pilih kategori tiket and teruskan ke checkout
  4. Masukkan no keahlian BIG anda di bawah bahagian “Butiran Peribadi” di halaman checkout
  5. Buat pembayaran
  6. Mata Ganjaran BIG anda akan dikreditkan ke akaun anda dalam tempoh 30 hari

Berita baik untuk ahli AirAsia BIG! Anda berpeluang untuk mendapat 5X mata ganjaran BIG dengan setiap pembelian tiket di www.airasiaredtix.com. Macam mana nak dapat mata ganjaran BIG? Ikut cara ni:

Ha dah lepas konsert, boleh la plan untuk pergi melancong dengan mata ganjaran BIG pula!

Konsert Soul Sisters

Lokasi: Istana Budaya, Kuala Lumpur

Tarikh: 5 & 6 April 2019

Waktu: 8.30 malam

Harga tiket: RM797, RM587, RM377, RM272, RM167

Tiket boleh dibeli secara online di www.airasiaredtix.com hari ini. Jangan tunggu last minit nak beli, nanti habis tiket pula. 😉

Irvin enjoys conversations with the trees and the stars. Sometimes they share recipes, sometimes they share jokes.

Send this to a friend