Berapakah Kandungan Kalori Dalam Biskut Raya Kegemaran Anda?
close
Food

Berapakah Kandungan Kalori Dalam Biskut Raya Kegemaran Anda?

Selain dari baju raya dan duit raya, antara benda yang paling ditunggu-tunggu di pagi Syawal dah tentulah… kuih raya! Sudah kenyang menjamah ketupat dan rendang, dipanggil pula balang-balang kuih yang tersedia rapi di setiap rumah. Ada yang beli, ada yang diberi, tak kurang juga hasil tangan orang rumah.

Tetapi jangan lupa, kuih-kuih raya ni datang berteman. Teman sejati mereka adalah… kalori tambahan! Tapi jangan risau, kami telah menyenaraikan kiraan kalori untuk kuih-kuih yang paling popular ketika Hari Raya.

Ada tak kuih favourite anda dalam list ni? Mari lihat ada berapa kalori di dalamnya:

Kerepek Ubi

Tengok gambar sahaja sudah terliur! Kerepek ubi kayu ini dihiasi dengan sos cili manis dan pedas, serta ditaburi pula dengan ikan bilis… memang tak boleh berhenti mengunyah. Kalori yang ada di dalam makanan ringan ini boleh nak dekat sama dengan sepinggan nasi.

Kalori: Kira-kira 315 kalori setiap 35g

Kek Lapis

Kek lapis berasal dari Sarawak ini bukan hanya kegemaran orang sana, tetapi ramai yang di Semenanjung juga. Resipi yang simple dengan menggunakan hanya empat asas bahan (mentega, telur, gula dan tepung) tetapi rasanya amat sedap. Itu belum yang ada campur perisa lain-lain seperti coklat, keju, biskut oreo, dan lain-lain. Kepelbagaian warnanya membuatkan kek lapis tak lari dari mata memandang.

Kalori: 157 kalori setiap keping

Kuih Makmur

Hari Raya sememangnya tidak lengkap tanpa sekurang-kurangnya satu balang kuih makmur di rumah. Diperbuat dari kacang dan ditaburi dengan gula aising, teksturnya yang rapuh bila sekali gigit membuatkan kuih makmur digilai ramai.

Kalori: Kira-kira 157 kalori setiap keping

Cornflakes Madu

Dengan rasanya yang manis dan teksturnya yang rangup, biskut cornflakes madu sememangnya tidak pernah mengecewakan! Tapi hati-hati bila makan, kalau tak sedar nanti terlebih gula pula dalam badan. Tapi kalau termakan lebih pun tak salah, lepas raya boleh daftar masuk gim.

Kalori: Sekurang-kurangnya 130 kalori setiap 30g

Biskut Coklat Cip

Yang ini bukan kuih tradisional Hari Raya, tapi hampir setiap rumah mesti ada satu balang. Nak beli pun senang, ada dijual di mana-mana. Tapi selalunya menjadi lebih sedap bila dibuat sendiri di rumah bersama mak, kakak, dan adik. Boleh tambah seberapa banyak cip coklat yang kita mahu! 😀

Kalori: Sekitar 78 kalori setiap 16g

Tat Nenas

Biskut kegemaran ramai bukan sahaja ketika Hari Raya tetapi juga semasa perayaan lain seperti Tahun Baru Cina dan Deepavali. Bila teringat pun boleh terliur – biskut marjerin yang rapuh, diisi inti jam nenas buatan sendiri. Boleh ke nak makan satu je? 😉

Kalori: Sekitar 74 kalori setiap keping

Biskut Almond London

Biskut Almond London ni selalunya tak boleh letak atas meja, memang akan cepat habis kalau ada banyak anak kecil di rumah. Bila ada tetamu baru boleh nak hidang. Sebabnya sedap sangat! Lagi-lagi kalau lapisan coklat yang disalut atas biskut tampak banyak.

Kalori: Sekitar 47 kalori setiap keping

Kuih Batang Buruk

Bak kata pepatah lama Inggeris, jangan menilai buku dari kulitnya saja. Kuih ni nama saja buruk… tapi tiada yang buruk tentang rasanya. Nak buat pun bukan senang – tidak cukup dua jenis tepung (tepung gandum dan tepung beras), ditambah pula kelapa parut halus yang digoreng dan dikisar. Inti kacang hijau lazat dalamnya menjadikan kuih batang buruk sentiasa cantik di hati.

Kalori: Sekitar 38 kalori setiap keping

Kuih Bangkit

Antara yang paling popular ketika raya, Kuih Bangkit – lagi-lagi jenis yang memang cair di dalam mulut. Diperbuat daripada santan, telur, gula, tepung beras dan tepung ubi kayu, ini merawat halus boleh jadi ketagihan. Sekali makan memang susah untuk berhenti!

Kalori: Sekitar 23 kalori setiap keping

Irvin enjoys conversations with the trees and the stars. Sometimes they share recipes, sometimes they share jokes.

Send this to a friend