Bagaimana Untuk Mendapatkan Yuran Promosi Bagi AirAsia
close
News Travel

Promo AirAsia Datang Lagi! Ini 4 Tip Nak Dapatkan Tiket Murah Sebelum Orang Lain

Setiap kali ada promosi kat AirAsia, jantung rakyat Malaysia akan berdegup kencang dengan rasa riang dan kadang kala, rasa terkilan.

Mana tidaknya, semua rakyat marhein, tua muda miskin kaya akan log-in pada waktu yang sama – jadi macam mana anda boleh dapatkan tiket mampu milik ke Seoul untuk menyaksikan para oppa?

Jangan resah jangan gelisah, kami ada di sini supaya anda tidak perlu susah-susah.

Sebelum Itu, Beberapa Perkara Anda Perlu Tahu

1. Bila anda dah jumpa tiket murah (kadang-kadang hanya RM1 atau percum) dan tidak memilih sebarang servis tambahan seperti bagasi, makanan, atau insurans – kos akhir adalah cukai daripada lapangan terbang (yang dimiliki MAHB) dan juga yuran pemprosesan.

Ambil perhatian terhadap tempoh perjalanan!

2. Ada tempoh yang dikenali sebagai blackout days, di mana diskaun tidak dikenakan sama sekali, dan perkara ini adalah amalan biasa bagi industri penerbangan, terutamanya sewaktu cuti dan perayaan besar. Jadi jika anda lihat tempoh promosi yang panjang, perhatikan blackout days ini dalam perangan anda.

OK sekarang ni kita boleh lihat beberapa tip untuk membantu anda mendapatkan tiket murah sewaktu promosi AirAsia BIG SALE.

1. Dafter sebagai BIG Member

BIG Member diberikan keutaman selama 24-jam sebelum promosi bermula. Ini bermakna anda ada satu hari sebelum orang ramai datang berduyun-duyun (ada lagi ke yang guna perkataan ni) membanjiri server AirAsia bagaikan gadis millenial di konsert Blackpink.

Daftar sebagai BIG member dengan menekan butang Login/Sign Up.

Pendaftaran adalah percuma di sini.

Pendaftaran adalah sangat mudah. Anda bukan sahaja dapat keutamaan dalam membuat tempahan, malah maklumat peribadi yang diperlukan akan diisi secara automatik

Pendaftaran akaun adalah sangat mudah bagikan Axion. Anda boleh menyimpan maklumat peribadi termasuklah nombor telefon kecemasan, nombor passport, senarai keluarga dan rakan, serta maklumat kad debit/kredit. Ini akan memudahkan anda dalam mengelakkan sebarang kseilapan dalam membaut tempahan pada saat-saat genting.

Pastikan anda periksa maklumat ini sebanyak dua, tiga, lapan kali pun boleh. Maklumat ini boleh diubah bila-bila masa, tapi ingat, bila anda sudah membuat tempahan dengan maklumat yang salah (contohnya kesilapan nama atau nombor kad pengenalan), anda tidak boleh menaiki kapal terbang. Anda boleh mendapatkan bantuan daripada khidmat pelanggan jika hal ini berlaku.

2. Buat tempahan pada waktu yang tidak diduga, serta gunakan app AirAsia di telefon

Anda tidak perlu bersengkang mata untuk membuat tempahan. Sebaliknya, pilih masa yang kurang konvensional, contohnya selepas solat Tahajjud.

Buat perancangan terlebih dahulu. Bagaikan membuat pesanan di McD, anda tidak sepatutnya ber-“aaa, aaaa” sewaktu di kaunter. Bila promosi bermula, sebaiknya anda sudah bersedia dengan satu atau beberapa destinasi serta tarikh perjalanan.

Pastikan anda sudah merancang perjalanan anda.

Besar kemungkinan ribuat pelanggan sudah bersedia di laman web AirAsia bila tempahan bermula bagaikan helang yang memerhatikan mangsanya, bagaikan hijabist yang menuggu tudung Neelofa, bagaikan penggemar iPhone yang beratur untuk mendapatkan smartphone yang memerlukan mereka membeli earphone berasingan.

Pastikan anda sudah berbincang dahulu dengan rakan travel anda tentang pelan perjalanan. Pastikan mereka tiada masalah dengan tarikh yang anda dapat. Jika tidak, tinggalkan mereka. Bukan buat selamanya, tapi buat travel ini sahaja OK.

Sabar itu separuh daripada iman. Namun ini tidak bermakna anda perlu bersengkang mata sepanjang malam sambil menekan butang refresh. Mungkin anda boleh bangun awal pagi untuk bersahur, dan alang-alang menunggu Subuh, lawati buat tempahan.

Anda juga boleh menggunakan app di smartphone. Hanya log-in menggunakan akaun BIG Member dan anda sepatutnya sudah ada semua maklumat yang diperlukan.

3. Gunakan BigPay untuk supaya anda tidak perlu membayar yuran pemprosesan

Gunakan BigPay untuk mengelakkan yuran pemprosesan.

Yuran pemprosesan boleh mencapai sehingga RM24 bagi setiap penumpang. Bayangkan anda terbang bersama tiga rakan lain, anda perlu membayar sehingga RM96! Nasib baiklah dengan BigPay, anda boleh menjimatkan kos ini.

Malah, bagi setiap orang yang anda jemput (menggunakan app) untuk menggunakan BigPay, RM10 akan diberikan secara percuma untuk anda dan individu tersebut. Jadi jemputlah keluarga, saudara-mara, serta bekas rakan sekolah yang sudah 10 tidah berjumpa. Jangan bimbang, mereka akan berterima kasih kerana anda tidak menjual sebarang skim MLM.

4. Gunakan penerbangan transit berbanding penerbangan terus.

Gunakan penerbangan transit. Jika tempoh menunggu adalah lama, ambil kesempatan tersebut untuk berlari berkejaran, seindah bunga di taman.

Jika anda sudah membuat keputusan tentang destinasi yang diingini namun gagal mendapatkan tiket murah, anda bole cuba cara alternatif iaitu menggunankan penerbangan transit. Sebagai contoh, anda boleh terbang dari KL ke Bangkok terlebih dahulu sebelum sampai ke Chiang Mai.

5. Gunakan Kad Kredit AirAsia untuk untuk menebus lebih banyak penerbangan!

Gunakan kad kredit untuk top-up kad debit anda!

Dan ini satu tip ekstra buat para pembaca travel360.com. Kami ada menyatakan yang anda boleh menggunakan kad BigPay untuk nebgelakkan yuran pemprosesan.

Sebagai tambahan, anda boleh menggunakan tambah nilai kad BigPay anda menggunakan kad kredit AirAsia untuk mendapatkan BIG Points!

Tawaran yang diberikan oleh kad kredit AirAsia adalah jauh lebih baik daripada sebarang kad kredit ganjaran lain, di mana ia memberi anda BIG Points bagi setiap RM1 perbelanjaan!

BIG Points ini berguna dalam menolah harga penerbangan anda sewaktu membuat tempahan. Namun ianya lebih baik digunakan untuk menebus penerbangan promosi yang ditawarkan pada harga yang jauh lebih murah daripada biasa, dan anda tidak perlu menunggu AirAsia BIG Sale bagi promosi ini!

Jadi apa tunggu lagi, buat tempahan di travel360.com!

MK was once involved in a magic gig. You know the trick where they cut a person into half? He was one of the halves.

Send this to a friend