5 Cara untuk Buat Perjalanan Balik Kampung Anda Lebih Meriah
close
Lifestyle

5 Cara untuk Buat Perjalanan Balik Kampung Anda Lebih Meriah

Sebulan sudah berpuasa, kini tiba untuk Hari Raya! Mulai hujung minggu ni sudah ramai yang akan mula bergerak balik ke kampung halaman masing-masing. Ada yang ke arah utara, yang menghala ke pantai timur, dan ada juga menuju ke selatan. Banyak juga yang travel solo, ada yang sudah beranak lima, tak kurang juga yang mahu bawa cinta hati untuk berjumpa saudara-mara buat pertama kali.

Walau apa pun, yang pasti ramai warga Malaysia boleh setuju bahawa pengalaman balik kampung untuk Hari Raya adalah memori yang akan sentiasa terpahat dalam memori. Bak kata pepatah lama, perjalanan adalah sama penting dengan destinati tujuan.

Untuk yang dah ready untuk roadtrip balik kampung tu, boleh isi perjalanan anda dengan aktiviti-aktiviti ini.

1. Karaoke lagu-lagu raya

Dah nak raya ni, mesti lah kena get in the mood! Kalau 20 tahun dulu, kita kena tunggu lagu raya keluar kat radio (ingat tak THR?) baru boleh nak tumpang nyanyi sekali. Tapi sekarang dah makin senang – Spotify ada, ataupun boleh cucuk thumb drive atau pasang CD. Yang paling best ialah walaupun dengar lagu-lagu ni setahun sekali tapi lirik dia pasti ingat.

Kalau nak buat playlist lagu-lagu raya pun boleh! Jangan lupa lagu-lagu klasik wajib ni: Satu Hari Di Hari Raya oleh M. Nasir, Menjelang Hari Raya oleh DJ Dave, Seloka Hari Raya oleh Uji Rashid & Hail Amir, Pulang Di Hari Raya oleh Noorkumalasari, dan tak lain tak bukan, Balik Kampung oleh Sudirman.

 

2. Teka nombor plat kereta

Perjalanan balik kampung inilah masa yang terbaik untuk ajar anak-anak kecil tentang nombor plat-plat kereta di Malaysia. Kalau yang dewasa memang sudah sedia tahu plat nombor yang mula dari huruf apa yang paling tak beretika di jalan raya, tapi yang budak-budak tak tau lagi. Jadi boleh suruh mereka teka dari manakah asalnya plat nombor yang bermula dengan huruf A, K, D, dan sebagainya.

Sambil-sambil itu, boleh juga selitkan trivia. Sebagi contoh, plat yang didaftarkan di negeri Perak bermula dengan A kerana semasa system ini mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1914, negeri ini mempunyai paling banyak kereta diikuti dengan huruf B untuk kereta dari Selangor. 

3. Peraduan kira kereta

Sebenarnya, game ini asalnya dikenali sebagai peraduan kira lembu. Objektifnya adalah untuk mengira seberapa banyak lembu yang dilihat sepanjang jalan. Siapa yang dapat kira palng banyak adalah pemenang. Tapi tak boleh kira secara senyap, mesti kena sebut kuat-kuat jadi tak boleh tipu. Kalau lembu susah sikit nak spot, boleh tukar kepada peraduan kira kereta. Kereta apa, terpulang kepada minat masing-masing. Boleh elak dari kira Myvi sebab nanti boleh pening kepala ada banyak sangat Myvi kat atas jalanraya.

Cadangan kami, cuba kira Proton Saga. Model klasik lama berpetak dari zaman 80an dan 90an. Kereta ni masih adadi jalan raya walaupun agak rare. Yang pasti, ia akan mengundang nostalgia balik kampung ketika kecil dulu.

4. Main huruf

Ini antara game yang paling simple tapi menyeronokkan. Tak perlu guna pen dan kertas pun. Dengan mengikut giliran, setiap orang harus pilih satu huruf dan yang lain kena kemukakan perkataan yang bermula dari huruf itu dalam setiap tiga kategori ini: negara, makanan, dan nama orang (yang dikenali atau selebriti).

Untuk huruf-huruf yang banyak digunakan seperti B, M, dan S, boleh set lebih banyak kategori. Contohnya seperti haiwan, nama tempat, tajuk filem atau lagu, dan sebagainya. Lebih spesifik kategori, lebih mengundang jawapan-jawapan pelik dan gelak tawa.

5. Main game Jalan Kaya Raya

Dalam banyak-banyak game, game  Jalan Kaya Raya ini lah antara yang memberi ganjaran serta merta. Setiap hari sehingga 4 Jun, anda boleh memenangi sehingga 500 Mata Ganjaran BIG, serta ganjaran hebat dari AirAsiaGO, e-pay, Fave, Tune Hotels, ZALORA dan banyak lagi!

Game ini berdasarkan perjalanan balik kampung untuk raya, objektifnya adalah untuk anda memandu kereta dengan selamat ke destinasi tujuan disamping mengumpul Duit Raya BIG di sepanjang jalan. Boleh cuba tip ini juga: pastikan anda melalui ikon petrol berwarna hijau untuk “mengisi minyak” sekaligus menambah masa permainan anda!

KLIK DI SINI memenangi pelbagai ganjaran melalui permainan Jalan Kaya Raya sekarang!

Okay baju raya dah kemas, minyak kereta dah isi full tank – jom balik kampung! Bila agak-agak bila perjalanan sudah mulai mengantuk, boleh ajak lah suami, isteri, dan anak-anak mengisi masa di atas jalan raya dengan aktiviti-aktiviti menarik ini.

Hati-hati di jalan raya dan selamat sampai ke kampung halaman!

Irvin enjoys conversations with the trees and the stars. Sometimes they share recipes, sometimes they share jokes.

Send this to a friend